Rabu, 28 November 2012


·    Dr Chua Soi Lek dan beberapa pemimpin MCA lain persoalkan calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil Dun Tenang, 30 Januari 2011, Normala Sudirman juga Ketua Muslimat PAS Labis yang enggan bersalam dengan bukan muhrim ketika kempen pilihan raya sedang rancak dijalankan.

·    Dr Chua Soi Lek bertegas MCA akan keluar dari BN jika Umno melaksanakan hudud. - 23 September 2011.

·    “Undang-undang Islam kejam khususnya kepada kaum wanita. Ekonomi Malaysia akan musnah akibat hilang pelabur dan negara akan binasa sekiranya hukum hudud dilaksanakan di negara ini.” - Tuduhan Dr Chua Soi Lek dalam perasmian forum mengenai hudud, 4 Disember 2011 di Wisma MCA.

·    Semasa berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Dun Tenang, Presiden MCA pernah menyebut What’s so great about knowing Muslim values? (Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam? - Harakahdaily

·    Dr Chua Soi Lek dalam ucapannya pada satu majlis di sebuah Tokong Cina di Dun Tenang, Labis, Johor: Normala will not come here to Chinese temple, she doesn’t even shake hands with the people. I have received complaints about this. She like Anwar Ibrahim’s wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic value, go ahead and vote for PAS. (Normala tidak akan datang ke kuil Cina, dia juga tidak akan berjabat tangan dengan orang. Saya menerima aduan tentang ini. Dia (Normala) seperti isteri Anwar Ibrahim yang memakai sarung tangan. Jika anda boleh terima nilai Islam yang sebegini silakan mengundi PAS.)

·    Pada 6 Ogos 2010 di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Setar, Dr Chua Soi Lek mendakwa Umno dan PAS menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu, apabila dua parti Melayu ini bersaing. Soi Lek dakwa kesannya akan wujudlah dasar yang tidak progresif lalu menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun (tidak maju).

·    Akhbar pro-MCA hina Islam: “Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah ke belakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan.” - The Star

·    “MCA sedia keluar BN jika hudud dilaksanakan.” - Dr Chua Soi Lek, 23 September 2011 dan keesokan harinya, 24 September, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan berikut untuk menjaga hati MCA: “Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, hudud tidak berpaksi kepada realiti.”

·    Pengerusi MCA Selangor, Dato’ Donald Lim Siang Chai tegas menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor. Ia dibuat kepada ahli-ahli MCA pada Konvensyen MCA Selangor bertarikh 18 Ogos 2012.

·    Ng Kiam Nam seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA membantah laungan azan yang berkumandang di Masjid Pantai Dalam, kononnya azan terlalu kuat, lalu JAWI mengarahkan masjid perlahankan azan.

·    Pada 16 Januari 2012, Menteri Pelancongan, merangkap Naib Presiden MCA, Dato’ Seri Dr Ng Yen Yen, memperlekeh dan ‘menghentam’ langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang pekerja muslim daripada bekerja di tempat-tempat hiburan yang terlibat dengan arak. Langkah itu tegasnya mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. (Sedangkan kerajaan Selangor berusaha dapatkan pekerjaan alternatif kepada orang Islam yang sedang bekerja di premis arak.)

·    Bekas Adun MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng telah menulis dalam Twitternya - negara Islam seperti dicanangkan PAS akan mengharamkan semua agama. “Sebagai penganut Kristian, kita seharusnya takut akan negara Islam daripada perkara yang lain. Mengapa DAP menolong PAS mencapai tujuan itu?” soal Lee. Katanya lagi, “Salah satu perintah Tuhan adalah menentang negara Islam.”

·    “Adun Umno Johor, Kameleh (Dato’ Ayub Rahmat) itu tentu sudah kehaisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam.” - Kebiadaban Dr Chua Soi Lek dalam Twitter miliknya, 1 Julai 2012, terhadap cadangan Adun Kemeleh yang mencadangkan perlaksanaan hudud di Johor.

·    “1.2 juta rakyat negara ini termasuk di Genting Berhad, kedai perjudian, kafe internet, rumah urut dan sektor pelancongan akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan.” - Dakwaan Dr Chua Soi Lek dalam blog video yang dimuatkan dalam laman perkongsian video, YouTube, 16 Oktober 2012.

·    “Pakatan menipu kita (MCA) untuk percaya bahawa hudud PAS tidak akan menjejaskan hak bukan Islam kerana (berdasarkan hujah Nik Aziz) tiada undang-undang untuk menghalang orang Islam daripada merogol bukan Islam.” - Keceloparan Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kie dalam ucapan pembukaan Perhimpunan Agung MCA ke-59, 21 Oktober 2012.

·    “Lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud merupakan antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat. DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara. Ini satu lagi penipuan besar.” Dr Chua Soi Lek meracau lagi dalam Perhimpunan Agung MCA ke-59, 21 Oktober 2012.

·    Terkini Pengerusi MCA Kedah, Dato’ Chong Itt Chew mempertikai dan memperkecil usaha Majlis Bandaraya Alor Setar memperkenalkan Kod Pakaian model papan tanda iklan yang meletakkan pakaian yang menutup aurat bagi model Muslim dan berpakaian sopan bagi non-Muslim.

Sumber: Harakah 17-19 Zulhijah 1433 / 2-4 November 2012

0 comments:

Catat Ulasan