Sabtu, 9 Mac 2013


Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 amat memeranjatkan ramai penganalisis politik kerana Barisan Nasional hanya mendapat 140 kerusi Parlimen manakala ketiga-tiga buah parti pembangkang utama (Parti Keadilan Rakyat, Parti Tindakan Demokratik, dan Parti Islam Se-Malaysia) yang selepas itu membentukkan Pakatan Rakyat mendapat 82 kerusi Parlimen. Dengan ini pihak pembangkang berjaya menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional.

Kerusi Parlimen

Parti Keadilan Rakyat yang bermula dari 1 kerusi di Permatang Pauh, kini melonjak kepada 31 kerusi parlimen. DAP yang hanya mempunyai 12 kerusi pada tahun 2004 kini menanjak kepada 28 kerusi Parlimen. Begitu juga dengan PAS yang hanya ada 7 kerusi kini mempunyai 23 kerusi Parlimen. Semua pencapaian ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Pilihan raya Malaysia sejak 1954 lagi. Hanya Pilihan raya Umum Malaysia 1969 sahaja yang hampir menyamai pencapaian pembangkang tetapi kali ini jauh lebih besar.

Yang mengejutkannya pada kali ini ialah, Ketua Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiusaha Parlimen dari Barisan Nasional tumbang akibat aliran pengundi muda yang mengajar Barisan Nasional yang dikatakan enggan mendengar desakan mereka. Antara tokoh terpenting Barisan Nasional yang tumbang ialah Samy Vellu, Koh Tsu Koon, M. Kayveas, Aziz Shamsuddin, Tan Chai Ho, Shahrizat Abdu Jalil, dan lain-lain.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_raya_umum_Malaysia_2008

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mempunyai 10 kerusi Parlimen hampir kesemuanya dimenangi oleh pihak pembangkang, manakala Barisan Nasional hanya mendapat 1 kerusi iaitu Setiawangsa. DAP berjaya memenangi kerusi Kepong, Segambut, Bukit Bintang, Seputeh, dan Cheras. PKR berjaya merampas kerusi Batu, Wangsa Maju, Lembah Pantai, dan Bandar Tun Razak. PAS tidak ketinggalan "berpesta" apabila memenangi kerusi Titiwangsa. Semenjak Kuala Lumpur dikeluarkan dari negeri Selangor dan menjadi Wilayah Persekutuan, tidak mempunyai kerusi Dewan Undangan Negeri. Kuala Lumpur ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dan diuruskan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.

Kerusi Dewan Undangan Negeri

Pembangkang juga berjaya mendapat durian runtuh dengan merampas kuasa pentadbiran negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor, selain daripada berjaya mempertahankan negeriKelantan. Tun Daim Zainuddin pernah menyatakan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak akan berdepan dengan masalah dan ternyata risikan beliau tepat sekali. Selangor bukanlah begitu bermasalah kecuali selepas isu yang dimainkan oleh Hindraf.

Punca Kekalahan Barisan Nasional

Ada faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan Barisan Nasional kalah teruk dan tidak mendapat majoriti 2/3. Keberanian pengundi Melayu, Cina, India dan pengundi wanita dan pengundi muda tidak memangkah Barisan Nasional ini cukup menghairankan.

1) Faktor Dalaman

Kebanyakan pemimpin bertaraf menteri tidak berjiwa rakyat lagi kerana segala masalah kenaikan harga barang, kenaikan harga petrol, tol lebuh raya, kenaikan kadar jenayah, peluang kerja dirampas oleh pekerja asing, kelakuan sumbang pemimpin MCA, pembunuhan pemimpin MIC, juga rasuah yang dikatakan meningkat.

Perdana Menteri Malaysia. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikritik kerana kelihatan tidur dan mengantuk ketika duduk dan berdiri. Beliau menjadi mangsa cacian dan kritikan kerana sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri, tugas itu seolah-olah diserahkan bulat-bulat kepada Datuk Johari Baharum dan Ketua Polis Negara , Tan Sri Musa Hassan.

http://www.financetwitter.com/wp-content/uploads/2012/11/Sleepy-Abdullah-Badawi.jpg

Isu remeh seperti bersalam dan menyentuh bahu pelakon antarabangsa Michelle Yeoh menjadi perhatian pengundi Melayu di Kedah dan Kelantan. Menantunya Khairy Jamaluddin yang bertanding di parlimen Rembau cukup menyusahkan kerana dituduh menjadi penasihat Perdana Menteri, menjual saham kepada Singapura, mewujudkan kem-kem pemuda dan sudah mengatur strategi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Malahan anak Abdullah iaitu Kamaluddin Abdullah yang memiliki syarikat Scomi dan lain-lain dituduh mengumpulkan harta dan tender projek Petronas. Abdullah Ahmad Badawi telah menjelaskan keluarganya tidak terbabit tetapi setakat ini tidak pula dibawa ke mahkamah sebagaimana Lee Kuan Yew di Singapura. Sememangnya jentera mahkamah di Malaysia belum bersedia sebagaimana di Singapura. Ungkapan 'Mr Clean' dan pengasas Islam Hadhari terus luput dari ingatan.

Kes Altantuya, komisyen kapal selam dan pembelian jet pejuang dari Russia tidak dibawa oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ke mahkamah agar namanya dibersihkan. Semakin lama orang memperkatakannya semakin ramai yang percaya. Lihat sahaja tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apabila Najib Tun Razak 'ditugaskan' untuk merampas Kelantan dari PAS isu-isu kabur ini dimainkan semula malah divideokan dan disiarkan melalui Youtube.

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2012/12/Najib-Rosmah-Altantuya.jpg

MCA cuba menutup masalah-masalahnya ke bawah permaidani. Semua pengundi tahu bahawa kemenangan pemimpin MCA, Gerakan dan MIC adalah atas dasar simpati pengundi Melayu. Pengundi Cina terutama di bandar cukup cauvinis dan anti establisment. MCA dikatakan tidak berjaya menambat 100 % pengundi Cina sejak 1969 lagi. Oleh itu persempadanan semula kawasan pilihan raya menjadi sangat pelik dan berliku-liku. Akibatnya pengundi tengah-tengah bandar tercampak ke kawasan bandar lain. Penjelasan daripada SPR dipekakkan sahaja.

Rakyat hairan ke mana perginya Chua Jui Meng yang pandai berbahasa Tamil itu. Rakyat hairan mengapa tiada sebarang tindakan terhadap Menteri Kesihatan.

2) Faktor Luaran

Pengkritik Barisan Nasional juga semakin bijak, ramai dan semakin berani. Kekecewaan dan keberanian ini dijuarai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin, wartawan Ruhanie Ahmad, Abdul Kadir Jasin dan lain-lain melalui forum, ceramah dan laman blog. Komentar daripada Jeffooi melalui Malaysiakini mendapat rating yang tinggi. Datuk Zainuddin Maidin selaku Menteri Penerangan pernah cuba bertindak terhadap penulis blog. Malahan laporan eksklusif dari Al Jazeera English yang berpangkalan di Kuala Lumpur berhubung Perhimpunan Bersih 2007 cuba ditekan. Kebebasan bersuara rakyat marhaen di Malaysia amat diragui sekali.

http://www.rontogdaily.com/wp/wp-content/uploads/2011/06/BERSIH_Harakah.jpg

Dr Mahathir yang baru pulih dari pembedahan di Institut Jantung Negara sanggup mengelar Abdullah Ahmad Badawi sebagai pembohong dan menyelar Khairy Jamaluddin. Beliau dijemput ke UIAM untuk menyertai forum berkaitan isu lokal, Palestin, Iraq dan isu antarabangsa yang lain. Semakin kuat Dr Mahathir menyelar Amerika Syarikat dan Barat, imej Abdullah selaku pengerusi OIC semakin merosot. Sepatutnya pengerusi OIC dan NAM itu milik Dr Mahathir.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna baru ditubuhkan kerana masalah barangan yang selalu naik dan tidak mampu dikawal. Kementerian ini pernah diketuai oleh Tan Sri Megat Junid bin Megat Ayub dan terkini oleh Datuk Shafie Afdal. Setiap kali kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam, harga barang akan meningkat. Jadi kenaikan gaji hanya menguntungkan pemborong dan peruncit sahaja. Kenaikan gaji tidak membawa sebarang erti.

Cuepac merayu-rayu bonus hujung tahun pada hal mereka telah mendapat kenaikan gaji antara 15 - 40 %. Seolah-olah menteri bersekongkol dengan tauke gula, pengeksport tepung dan pengilang minyak kelapa sawit. Pengusaha restoran mamak dengan mudah menaikkan harga roti canai 10 sen setiap kali harga petroleum naik. Sedangkan roti canai bagakan makan wajib rakyat Malaysia. Kenaikan semua harga barang berpunca dari kenaikan harga petroleum sedangkan petroleum dikeruk dari perut bumi Malaysia. Setiap tahun pula dilaporkan kekayaan tauke gula, tauke judi yang berjaya menjadi bilionair teratas di Malaysia dan dunia.
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/a/aa/Pakatan_rakyat_logo_dan_bendera.png

Isu klip video Lingam mendedahkan kredibiliti sebenar hakim-hakim yang dilantik di Malaysia. Malahan kes lama dulu timbul semula dan turut memaparkan adanya kemungkinan 'kong kali kong'. Apabila imej mahkamah tercemar terutama yang membabitkan Peguam Negara dan lain-lain, apa lagi yang diharapkan kepada keadilan hakim. Jadi rakyat menuntut para hakim tertinggi tidak ditentukan oleh ahli politik. Apalah erti angkat sumpah atas al-Quran jika ada bukti gambar siri pelancongan.


3) Faktor Kekuatan Pembangkang

DAP dan PAS mendapat paradigma baru apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi penasihat PKR. Kekuatan Anwar Ibrahim kerana beliau pernah berada di dalam kerajaan dan berjaya menjadiMenteri Kewangan, Menteri Pendidikan, Menteri Belia dan Sukan, Ketua Pemuda UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Jadi beliau mengetahui 'sepak terajang' yang diamalkan oleh Barisan Nasional, UMNO, MIC dan MCA. Tindakan Anwar Ibrahim mengadakan Reformasi 1998 dahulu dianggap betul kerana Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri 'mengaku' tindakannya dahulu adalah tindakan yang silap.

Anwar Ibrahim dilihat masih sihat dan segar berbanding dengan Abdullah Ahmad Badawi. Anwar Ibrahim tiba-tiba layak bersaing dengan Abdullah Ahmad Badawi dan mereka bermimpi Anwar dibawa balik ke dalam UMNO. Mereka mahu mencuba jawatan Perdana Menteri itu kepada Anwar Ibrahim dan bukan Najib Tun Razak. 'Perang' antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Abdullah Ahmad Badawi semakin meningkatkan saham Anwar Ibrahim. Ada penganalisis menyatakan Dr Mahathir mahukan Najib dan bukan Abdullah sejak dahulu lagi.

http://3.bp.blogspot.com/-mrMht5c1ZEY/T3XkDA2xXbI/AAAAAAAARbM/vqlyAN76XWg/s1600/anwar+n+mahathir+2.jpg

Pengalaman Anwar mengawal harga petrol selama 8 tahun pada harga RM1.10 menarik perhatian dan bukan mudah berbuat demikian. Anwar Ibrahim pernah naik bas turun bas Intrakota bersama Tan Sri Yahya Ahmad bagi menyelesaikan masalah kesesakan di ibu kota Kuala Lumpur. Semasa Dr Mahathir Mohamad ke luar negeri, Anwar pernah dilantik sebagai pemangku Perdana Menteri Malaysia dan bercadang mahu bertindak terhadap perasuah.

Perhimpunan Bersih 2007 yang cuba melibatkan Sultan Mizan Zainal Abidin dan menuduh SPR tidak telus merupakan era baru dalam politik Malaysia. Rakyat juga terkejut dan panik dengan Perhimnpunan Hindraf 2008 kerana pemimpinnya lambat ditangkap berbanding dengan Rusuhan Kuala Terengganu 2007. Layanan polis berbeza antara perusuh India dengan perusuh Melayu. Malahan jika bijak dalam undang-undang, mereka akan terlepas. Abdul Malek Hussin yang ditahan tanpa bicara melalui ISA berjaya mendapat pampasan RM2 juta dari kerajaan Malaysia. Perspektif rakyat dan pengundi Malaysia terhadap undang-undang semakin berubah.

Isu peguam-peguam handal dari Hindraf yang mengadakan Perhimpunan Hindraf 2008 di kuil Batu Caves dan Kuala Lumpur menghairankan pengundi Melayu. Mereka tertanya-tanya mengapa ISA tidak digunakan kerana boleh mencetuskan semula Peristiwa Kampung Rawa dan Peristiwa Kampung Medan. Pemimpin India yang lantang bersuara terhadap nasib pekerja ladang dan nasib kuil Hindu yang dirobohkan telah dicalonkan oleh PKR dan DAP dalam pilihan raya. Najib Tun Razak meminta maaf kepada penduduk India. Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Khir Toyo , Samy Vellu mengadakan rundingan demi rundingan dengan penganut Hindu. Pelbagai insentif seperti bantuan membina kuil dan sekolah Tamil telah diberikan. Jadi aktiviti Hindraf memanglah berbaloi dan perlu dilakukan selalu.

http://3.bp.blogspot.com/-6lw0tfRl2yQ/TWptWs-QInI/AAAAAAAAFbA/O1ayxfHxcUs/s1600/hindraf440.jpg

Jasa Anwar meleraikan sengketa Peristiwa Kampung Rawa masih kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang. Pengundi India dan Cina sepakat mengundi calon dari kalangan Hindraf yang sedang dipenjarakan atau bebas. Perpindahan Lim Guan Eng dari Melaka ke Pulau Pinang memang tepat dengan strategi DAP

Lim Kit Siang yang tidak jadi pindah ke Pulau Pinang telah menyembunyikan strategis DAP. Fong Po Kuan yang menangis sekejap kerana kesal hendak dipindah-pindahkan juga meruntun jiwa pengundi Cina. Mereka masih sayangkan DAP dan fong Po Kuan yang lantang bersuara di Dewan Rakyat.

Next
This is the most recent post.
Previous
Catatan Lama

0 comments:

Catat Ulasan