Isnin, 3 September 2012


Wet & Wild Wednesday Bikini Wars Pool Party 3.0 pernah dijadualkan berlangsung pada 29 Ogos yang lalu di The Pool, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pesta basah dan liar ini bagaimanapun dibatalkan pada saat-saat akhir setelah sekumpulan umat Islam di Bandar ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini.

Pihak penganjur pada asalnya mempromosikan 10 pengunjung wanita berkumpulan memakai bikini akan dihadiahkan minuman keras percuma selain bayaran masuk percuma sedangkan jelas tercatat yuran kemasukan berharga RM30.

Parti ini bukanlah program tertutup, tetapi penganjur mengajak orang ramai khususnya muda-mudi untuk menyertai parti ini di kelab tersebut. Parti ini dehebahkan menerusi risalah diletakkan di kenderaan, pasar raya, dan menerusi klip video separa lucah di YouTube serta Facebook.

Mujur parti ini tidak diteruskan. Jika tidak, apalah guna Malaysia selaku sebuah negara Islam maju dijadikan contoh ikutan negara-negara Islam yang lain.

Namun timbul persoalan, mengapa perkara sebegini boleh berlaku?

Program seperti ini jelas akan menggalakkan aktiviti negatif seperti minum arak dan pergaulan bebas dalam kalangan peserta. Ini amat bercanggah dengan dasar kerajaan menggalakkan generasi muda yang lebih produktif.

Seharusnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil berat akan perkara seperti ini kerana ia melibatkan tidak hanya ahli kelab tetapi juga masyarakat setempat.

Sumber: Harian Metro

0 comments:

Catat Ulasan