Nampaknya
semua menarik nafas!
Sekali
lagi penganalisis menjadi perhatian.
Beberapa
penganalisis politik yang dihubungi Sinar Harian Online berpendapat
PRU13 akan diadakan Januari 2013 susulan bayangan terbaru – kali kelima
dalam tempoh sebulan ini.
Menjelang PRU-13 |
Ketika
membuat bayangan keempat, Perdana Menteri menasihatkan mereka yang menunaikan
haji supaya tidak bimbang dengan tarikh PRU13.
Penganalisis
politik dari Universiti Utara Malaysia, Dr Azizudin Mohd Sanim berkata, agak
mustahil pilihan raya diadakan tahun ini kerana faktor masa dan belanjawan yang
bakal dibentang hujung minggu ini.
Menurutnya,
Bajet 2013 akan mengambil masa untuk dilaksanakan.
“Saya
tak fikir PRU akan dibuat tahun ini, kalau hujung tahun pun ia dilihat agak
kelam kabut dan saya rasa paling awal PRU, dijangka Januari depan.
“Lagipun
pembentangan bajet pada bulan ini banyak yang dirancang kerajaan dalam usaha
menarik undi rakyat seperti pemberian bantuan, bonus kepada kakitangan kerajaan
dan lain-lain, akan ditunaikan pada awal tahun hadapan dan Perhimpunan Agung
Umno yang akan dibuat adalah satu langkah untuk mengatur strategi terakhir
untuk memastikan Barisan Nasional menang besar," katanya.
Bajet
2013 akan diumumkan Jumaat ini.
Kelmarin,
Najib menasihatkan jemaah haji, jumlahnya dalam sekitar 28,000 orang, agar
menumpukan perhatian terhadap amal ibadat agar dapat melaksanakan segala rukun
dan syarat haji serta umrah dengan sempurna.
Dua
hari sebelum itu, Najib berkata Perhimpunan Agung Umno (AGM) akan diadakan
mulai 27 November hingga 1 Disember ini dan ia akan ditunda sekiranya kerajaan
memilih untuk mengadakan pilihan raya umum pada waktu yang sama.
“Mudah
sahaja. Sekiranya pilihan raya diadakan, kita tangguhkan Perhimpunan Agung.
Tarikh pilihan raya terpulang kepada kita untuk putuskan bila masa yang
terbaik. Kita boleh adakan atau tidak adakan, tapi kita akan teruskan seperti
biasa," katanya.
Bermakna
Najib, yang juga Presiden Umno, masih boleh memanggil PRU13. AGM bukan satu
halangan dalam menentukan tarikh PRU.
Pada
Sabtu lalu, ketika berada di Johor, Najib memberi bayangan kelima - sokongan
yang diperlihatkan oleh ahli-ahli Umno negeri itu memberikan beliau satu bentuk
semangat untuk memanggil PRU13.
Nampak
gaya, keliru lagi!
Ditanya
sama ada penetapan tarikh Perhimpunan Agung Umno akan menyebabkan rakyat terus
membuat spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan tahun depan, Najib
secara berseloroh berkata, biarlah rakyat membuat spekulasi mengenai perkara
itu.
“Saya
suka mereka buat spekulasi," katanya.
Ketika
era pentadbirannya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sering
dikaitkan dengan istilah “ilham” apabila spekulasi tarikh PRU muncul. Era
beliau menyaksikan PRU 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999.
Wartawan
sering bertanya sama ada sudah ada ilham ataupun sebaliknya.
Sementara
Najib bermain dengan kata-kata ‘bayangan’, Pas menjangkakan PRU13 akan
ditangguh lagi. Kemungkinan sehingga akhir tahun ini atau tahun depan, kata
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut
Hadi, Pas mengandaikan Pas sudah menetapkan tarikh untuk mengadakan Muktamar
Agung Pas pada 24 November ini.
“Kita
sudah tetapkan tarikh lebih awal untuk adakan muktamar. Bermakna kita lebih
berani berbanding Barisan Nasional untuk pilih November sebagai persidangan,”
katanya.
Seorang
lagi penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian turut meramalkan
pilihan raya kali ini akan diadakan tahun hadapan, antara Januari atau Mac
2013.
Namun
tidak mustahil bagi Najib untuk mengadakan PRU tahun ini selewatnya Disember
2012 kerana kuasa sepenuhnya terletak di tangan beliau.
“...
kemungkinan besar tahun hadapan, setelah cukup sepenuhnya lima tahun mandat,”
katanya.
Tambahnya,
pengumuman bajet yang bakal memberi pengaruh besar kepada undi rakyat perlu
ditunaikan terlebih dahulu seperti pemberian insentif-insentif berbentuk
kewangan kepada rakyat dan Perhimpunan Agung Umno adalah platform terakhir BN
untuk mengatur strategi bagi menghadapi PRU13.
Dalam
pada itu, Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, spekulasi tarikh sebenar PRU13
sering menjadi perbualan rakyat dan ada pihak menjangkakan berlaku musim haji.
Beliau
berkata, PRU13 berkemungkinan diadakan November ini setelah jemaah haji pulang
ke tanah air, cuma ketika itu negara berisiko menghadapi masalah banjir.
“Mac
antara tempoh sesuai untuk PRU13 memandang masa itu adalah cuti sekolah,”
katanya.
Ramai
meramalkan sidang Parlimen Mac-April lalu sebagai yang terakhir.
Hari
ini Parlimen bersidang semula. Mengikut aturan mesyuarat, persidangan akan
memakan masa sekitar dua bulan. Paling lama dalam kalendar Parlimen. Ia juga
dilabel sebagai ‘sidang bajet’.
Beberapa
minggu lalu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub meminta Najib mengambil kira
musim peperiksaan dan cuti sekolah jika mahu memanggil PRU13 November ini.
Katanya,
musim peperiksaan melihatkan pelajar, guru, dan ibu bapa.
“Jumlah
keseluruhan mereka itu besar dan mereka memberi tumpuan ke atas peperiksaan.
Jadi, saya berharap Datuk Seri Najib tidak membubarkan Parlimen ketika musim
peperiksaan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Sebelum
Pas melahirkan pendirian agar Perdana Menteri melihat aspek musim haji.
Kini
sudah jelas tiada PRU13 ketika musim haji. Tidak akan ada PRU13. Musim
peperiksaan akan merentasi bulan November. Dan, ia akan disusuli Disember.
Beberapa
sumber berkongsi maklumat dengan Sinar Harian Online bahawa
semua pihak boleh 'rasa lega’ kerana PRU13 pasti tidak akan berlangusng
Disember ini, melainkan keadaan mendesak.
PRU13
- 'ibu' segala pilihan raya umum akan muncul Februari-Mac? Jika begitu,
suasana PRU 2004 dan 2008 akan disaksikan lagi kali? Atau Najib akan cuba
mengelak persekitaran itu.
24 September 2012
Sumber: Sinar Harian
0 comments:
Catat Ulasan